Pages

Friday, January 1, 2010

Idea bodoh terbaru,,,,

KUALA LIPIS 1 Jan — Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyarankan supaya pemain skuad bola sepak negara bawah 23 tahun (B-23) tidak dilepaskan untuk bermain dengan pasukan negeri atau kelab dalam saingan Liga Malaysia tahun ini.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata seeloknya pemain skuad B-23, yang memenangi pingat emas pada Sukan SEA Laos baru-baru ini, kekal sebagai pemain kebangsaan, bukannya sebagai pemain untuk pasukan negeri dan kelab kerana usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara tidak akan berjaya.

"Kita akan berunding dengan FAM untuk suarakan perkara ini supaya mereka ini tidak boleh pergi bermain untuk negeri dan kelab tapi kekal pemain kebangsaan.

"Ini kerana bukan semua pasukan negeri dan jurulatihnya mampu memberikan tahap latihan, kemahiran dan stamina mengikut standard pemain kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Belia Negeri Pahang ke-20/2009 di sini, semalam.

Selain itu, katanya pendekatan itu juga perlu diambil bagi mengelakkan pemain-pemain menjual permainan sekiranya pengurusan negeri dan kelab gagal menawarkan gaji tinggi kepada mereka.

"Kita juga tidak boleh samakan seperti di England iaitu dalam Liga Perdana Inggeris kerana tahap kemahiran dan stamina pemain kelab lebih tinggi daripada pasukan kebangsaan mereka.

"Kelab seperti Manchester United, Liverpool, Chelsea dan beberapa pasukan lain mempunyai pemain terbaik dan bertaraf dunia tetapi pemain kebangsaan mereka gagal di peringkat dunia,” kata beliau.

Beliau bagaimanapun berkata barisan pemain B-23 perlu diberikan lebih banyak pendedahan dengan berlatih dan bermain dengan pasukan kelab di luar negara.

Ahmad Shabery berkata pasukan B-23 yang berjaya menundukkan Syria 4-1 dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini membuktikan pemain-pemain semakin serasi.

Beliau berharap kesemua pemain itu terus dikekalkan bagi mewujudkan kesefahaman yang jitu dan dapat memainkan peranan masing-masing semasa beraksi di padang.

No comments:

Post a Comment