Pages

Saturday, January 16, 2010

Astro ,, astro

Astro yang hampeh. Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan isyarat astro yang kuat. Cara ini hanya digunakan di Balik Pulau, Penang dan tidak mendapat kelulusan daripada pembekal perkhidmatan (perlu ker?). Apa jadahnya nak mintak kebenaran kalau nak bercakap dengan manusia yang ada kat astro tu pun susah. Nak bercakap pun kena bayar duit jugak kat astro ni…

Signal Astro Paling Clear Buat Macam Ni

Aku percaya suatu syarikat penyedia perkhidmatan sewajarnya juga mempunyai pegawai khidmat pelanggan yang senang dihubungi dan sangat membantu dalam menyelesaikan masalah pelanggan. Kalau dalam pekeliling kemajuan perkhidmatan awam, setiap panggilan ke sesuatu jabatan perlu dijawab dalam masa tiga deringan sahaja. Jangan biarkan pemanggil menunggu lama-lama, nanti diambil orang. Itu di pejabat kerajaan.

Apatah lagi di syarikat swasta yang mengenakan caj yang mahal secara bulanan dan juga menguasai satu perniagaan monopoli dan menindas. Pastinya khidmat pelanggannya perlu lebih cekap dan pantas. Tapi seperti biasa, mereka mendakwa mereka lebih efisien daripada pejabat kerajaan tapi gagal membuktikannya. Untuk mengelak daripada dianggap lembap menjawab panggilan pelanggan, maka mereka mencipta pelbagai alasan. Salah satu alasan adalah menggantikan panggilan dengan mesin penjawab. Selepas mesin menjawab, maka terpaksalah pelanggan menunggu lebih daripada 5 minit untuk bercakap dengan manusia yang sebenarnya, Ini satu taktik hampeh yang menyusahkan hidup aku! Juga aku perlu mengulangi memanggil lebih daripada 3 kali untuk bercakap dengan manusia. Hampehnya servis astro.

Pegawai khidmat pelanggan juga sewajarnya dapat menyelesaikan masalah-masalah remeh yang mungkin dihadapi pelanggan.

Kalau pegawai khidmat pelanggan ini bijak, sudah tentunya dia dengan cepat dapat tahu bahawa masalah aku adalah disebabkan oleh signal yang tidak kuat disebabkan kedudukan piring penerima isyarat astro itu. Tak usahlah mencadangkan supaya aku memanggil juruteknik astro untuk datang memeriksa dan mengenakan caj yang paling-paling busuk pun RM50. Sedangkan masalahnya boleh diselesaikan dengan menlonggarkan beberapa nuts sahaja.

Astro tidak habis-habis nak cekik darah rakyat Malaysia. Mentang-mentanglah dia memonopoli sistem pemyiaran ni. Sikit-sikit nak cekik darah. Dahlah nak tengok tv kena bayar bulan-bulan. Kalau siaran tu siaran terbaru tak apalah jugak, ini siaran ulangan saja yang banyak. Asyik-asyik ulang cerita sama saja! Cuba pikir logik, aku bayar untuk dapat siaran tu, pastu aku jugak kena bayar untuk pastikan untuk aku dapat tengok siaran tu. Ini dah kira double charge!

Kepada semua pengunjung blog lelabu dot com. Dengan ini aku ingin berkongsi pengalaman. Kepada semua, mana-mana yang ada masalah tak dapat tengok sesetengah channel yang dilanggan. Macam masalah yang aku hadapi, tak boleh nak tengok tv1, tv2, tv3, ntv7, 8tv dan tv9. Kebetulan yang tak dapat tengok semua channel bukan astro. Tak payah susah-susah. Langkahnya begini.

  1. Tekan Menu > Satellite Signal . Semak bacaan AGC anda. Kalau lebih daripada 50 tu kira elok dan semua channel tak ada masalah nak tengok. Kalau kurang maknanya signal yang anda terima tu tak kuat dan sesetengah channel tak boleh nak tengok. Pasang speaker tv anda kuat-kuat biar anda dapat dengar bunyi tut-tut tu dari tempat piring astro anda dipasang.
  2. Ambil tangga dan spannar common atau ring nombor 13. Bawak dua spannar ni. Letak tangga dekat dengan piring astro dan cuba adjust alignment piring astro tu dengan melonggarkan nuts yang ada dekat-dekat situ. Kalau alignmentnya betul, anda akan mendengar bunyi tut-tut tu. Kalau alignment tak betul anda akan mendengar bunyi orang mencarut, ceh, hampeh labu, susah jugak nak dapatkan signal ni.
  3. Kalau anda rasakan ia susah untuk dilakukan dan rela mengkayakan astro dengan servisnya yang hampeh lagi RM50 anda boleh call astro dan tunggu sepuluh minit sebleum boleh bercakap dengan pegawai khidmat pelanggannya yang lembap.
  4. Kalau anda tak nak kayakan astro dan still nak tengok siarannya (aku terpaksa langgan astro sebab susah nak dapat siaran tv kat balik pulau) anda boleh buat macam gambar di atas. hehe.
  5. Kemudian tekan OK untuk download servis dan cuba tengok siaran yang tak dapat sebelum ni.

Itulah sahaja perkongsian pengalaman saya dengan astro yang hampeh. Mari kita hidupkan budaya do-it-yourself. Kalau boleh masa first time langgan astro tu, collect dekoder dan piring tu sendiri pastu pasang sendiri. Alignment piring tu cuba jengok-jengok rumah sebelah punya. Kerja senang* jer sebenarnya. Chow.

No comments:

Post a Comment